Assalamualaikum
Haii !
kehadapan sahabatku Shela and the gang. hee. Shela, hang ingat tak lagi waktu pertama kali kita berjumpa ? haa. mesti ang tak ingat. takpa2. meh aku cita. haha. takdir kita waktu tingkatan dua. kan ? masa tu kita lain kelas aku ngan lili ang ngan zaza. aku dengaq ada budak baru masuk. so, aku dengan penuh tanggungjawab nak la p menyebuk tengok sapakah gerangan budak baru tu. haha. bila waktu rehat baru dapat jumpa hang. aku nampak ang dok rehat sesorang kat bangku panjang kt kantin. amboi makan sorang tak ajak aku pun. aku ngan lili p la duduk dekat hang tanya soalan ngek "budak baru ka?. sekolah mana dulu? nama apa? kenapa makan sesorang?" (lebih kurang macam tu la kot, sila betulkan aku jika aku salah fakta) hahaha
then, sejak tu kita jadi kawan. sampai sekarang :")
banyak benda yang kita buat sesama kan masa sekolah dulu. rindu nak sekolah balik. walaupun sekolah kita tu comei ja. tapi tu yang best tu. kan lala ? memandangkan gang kita enam ja. hang ingat tak yang pakcik tukang kebun sekolah tu gelaq kita apa ? 6jahanam ! haha. teruk ja bunyi. ni semua berpunca dengan sikap kita yang tak boleh berengang antara satu sama lain. asyik berkepit enam orang ja. yang paling best kita suka tawaf satu sekolah bila waktu lapang. hahaha. dah la semua pengawas. rindu hampa semua lili, lala, nana, zaza, dan yaya. tak lupa kawan kita haslina, syuhada dan lain-lain kalau ada. heee
Lala, Lili, zaza hampa ingat tak yang kita penah buat komik. aku ada simpan lagi kot. kita passing komik tu sorang seminggu ka sehari pun aku tak ingat. hahah. macam2 ampa buat semua mengutuk aku. haha. pastu kita gelaqkan kita geng pea's (macam kacang pis ja). hampa ingat dak ?
Shela, pastu kita dua orang ja join kadet polis. tu pun sebab ada hang aku pun join kadet tau. kalau hang tak join aku pun agak segan nak join. yang aku peliknya. hang yang sesangat sopan ni nak masuk kadet. bukan macam lili ngan zaza. apa pun tak masuk. haha hanya kita dua la yang dok berkawat petang2 bersama.
pastu hang dapat pangkat Sarjan. aku Koperal ja. mana aci. hahaha. pastu ingat dak kita sesama p perkemahan, pertandingan kawat, perbarisan. memang perit masa tu. kena berdiri tetengan panas. tapi takpa boleh usya abg ensem. kan2 ? haha.
pastu Shela, ang ingat tak macam mana kita kena buli ngan budak2 laki. macam-macam cacian depa kata kat kita. hahaha. tapi apa da hal. kita selalu kalah main teka-teki ngan depa. main addin pun kita kalah gak.
patu ingat tak dalam kelas math cikgu Low. kelas kita riuh dengan budak laki. haha. din, hakim, syafiq, shaik, zahier dan iffat. hahaha. apa dah jadi kat depa la nih.
Shela, and the gang, ingat tak port kita lepas sekolah? lepak kat tasik la mana lagi. tetengah hari p tawaf tasik pulak. takpun port kita kat The Store. p window shopping. tak pun p makan kat Lazaria pekena laksa ngan ayaq nyok. haha. sesuai la tempat tu dengan kita yang serba kekurangan waktu sekolah dulu.
Amylia, ang ingat tak yang kita selalu p sekolah lambat? waktu sekolah kt smksp smpai smjkcm. semua lambat. haha. sorry lili, kekadang aku terjalan cepat dari hang. hehe. ingat tak bila baju biru kita bertukaq tompok2 bila kena hujan? tapi yang peliknya kita tak penah bawak payung pi sekolah, hujan, panas semua kita redah. slumber ja. ingat tak bila hang takut anjing? aku lagi la takut. hehe yang lagi best budak laki panggil kita anode katod. hahah. tapi ada kita kesah ? ;p
Amylia, aku ingat lagi sapa yang hang suka dok usya budak cina kelas sebelah masa form 6 dulu. aku ingat lagi tau. haha. ingat tak kita kena denda ngan cikgu Dewa. pasai mai lambat. lambat sikit ja pun. ingat dak denda dia apa ? hahaha. kenangan weh. ingat tak masa form 1 kita kena apa ngan cikgu Pani Malar? aku ingat sampai la. boleh tereyak tau :")
kak lina, hang ingat dak masa hari sukan tara rumah kita biru ka hijau tah ?. hang janji nak lari sesama aku. pastu tetiba hang tinggai kau lari sesorang. pastu aku panggil hang "weh tunggu aku" pastu ang pun pelahankan larian ang seiring ngan aku. sweet gila masa tu. terharu aku. but in the end. ang gak yang pass dapat markah untuk rumah kita. aku ? hampehh. hahaha
Zalyia, Fiza, Dina, camna kenangan hampa ngan syafiq gym ? haha. nak gelak aku rasa saat nih.
ingat tak poster yang kita buat kat budak laki masa last sekolah ? jahat gak kita nih.. hahahaha
Dina, ada lagi tak rantai tangan yang kita beli kat Cameron Highland tu. heeZalyia, ingat tak pokei tu ? (binatang macam cicak tu). hahaha
panjang bebeno aku tulis.banyak lagi nak cita ni. sebab dah lama kita tak kumpul ramai2 kan.
rindu kat ampa semua :")
ingat2 aku kat sini weh.
kalau nak kawen jangan lupa jemput aku. nak gak rasa makan nasi kenduri kawan2.
aku doa ampa semua berjaya di dunia dan akhirat.
ingatkan aku kalau aku lupa apa2 tau :")
amin ^^
terima kasih semua ! sayang hampa :)
No comments:
Post a Comment