Assalamualaikum
Hello !
Sedikit beremosi.
Pada hari khamis, lepas kelas company law terus lari balik rumah. Balik rumah duduk dan sehari ja. huhu. Biasa la bila lari balik tapi assignment yang ditinggalkan tak siap2. hee. And now im back to uum again. hehee
Tadi naik bas paling awai pukui 7 pagi. Makna kata aku kena bangun lagi la awai kan. hee.
Semangatnya aku. Tak pernah2 naik bas awai2 macam nih. Gelap gulita lagi masa nih.
Masa salam mak tadi. tetiba rasa sebak, sayu semacam ja. Peluk mak kuat-kuat.
Rasa sebak ni aku tahan ja. Cover takut mak nampak. Malu la. Kalau mak nampak hilanglah ke macho an aku ini. kehkeh ;p
Masa keluaq rumah tu last2 ayaq mata menitik jugak. huhu. Kalah jugak aku dengan ayaq mata. -.-
But what the hal la kan. Perempuan dan ayaq mata tak bole dipisahkan yadak ?? haha
****
Aku amek bas dari Kulim terus ke Alor Setar. hayoo. Secara normalnya bas tu akan mengambil masa 2 jam 30 minit ja untuk sampai di Alor Setar. tapi tah kenapa basa yang bergerak terkemut2. Pergi dan balik aku memakan masa 3 jam. huhh. Sabaq ja laa. takpa2 sabaq..
Sampai tadi dalam pukui 10 lebih. Alhamdulillah. Pastu tunggu pulak bas Mara ke uum. Kami kena tunggu dalam 1 jam lebih dalam bas tu. dah la tak bukak aircond. Sejam dalam tu dah boleh jadi ayam panggang dah dalam tuh. hee. Takpa la kalau yang ada dok tunggu dalam bas tu semua muda mudi belaka. ni tak yang ada pakcik-pakcik, makcik-makcik, uncle-uncle, depa yang dah kurang kudrat dari budak muda muda nih mana boleh tahan. kesian kat depa kepanasan.
Ada la sorang uncle ni dok sebelah aku. means, kerusi sebelah bukan dok betoi2 sebelah aku. ngee
uncle tu pun kata la "awat depa tak bukak aircond". Dah la sejam dok tunggu. kesian kat depa. pastu uncle tu kata lagi "kalau depa bukak aircond dok sejam lagi dalam bas ni pun boleh" aku pun senyum ja lah.. hehehe
Pastu ada lagi pakcik kat belakang uncle tu siap pakaian kerja. Makna kata nak p kerja la kan. dah kena tunggu punya lama pukui berapa lah dia boleh sampai kat tempat kerja dia kan. Kesian pakcik tu.
Pastu ada makcik dok sebelah aku, kami pun dok mengomel-ngomel sesama. (biasa la perempuan nama pun kan) haha. Pastu makcik tu dengan tidak semena-mena menghulurkan dua biji limau bagi kat aku. Aku pun malu2 kucing nak amek. Makcik tu suruh aku amek jugak. tapi aku segan. Oleh kerana tak baik menolak pemberian orang aku pun amek buah tu dan cakap terima kasih ^_^
malu. hehe
Tunggu punya tunggu pakcik bas tu mai bukan aircond. Semua orang pun lega Alhamdulillah.
Bas pun mula bergerak dan semua orang sampai ke destinasi yang ingin dituju. Semua orang senyum dengan gembiranya. heee
Terima Kasih :)
2 comments:
kikiki, ingat. org bagi kena ambek. kehkehh
mengenangkan pesan ang tuh la aku amek jugak buah tu :) hehe
Post a Comment