Wednesday, 28 November 2012

Buahan Tempatan

Assalamualaikum
Hello Hai !





meh nak bawak hampa jalan2 tengok buah-buahan tempatan. :)


BUAH KOKO


nih dia rupa buah koko. 
coklat yang kita dok makan tu diperbuat daripada buah koko ni la.
tapi guna biji dia la bukan kulit tu. hee




nah tengok puas-puas



cantik warna buah koko nih. warna oren !
ampa tau dak cara nak bukak buah koko nih ? caranya ampa kena karate buah ni kt peha ampa sendiri. ala macam orang karate tu. hayaakk.. maka buah koko terbelah kepada dua bahagian. ngee
dulu aku kecik2 memang menggunakan teknik karate ni nak bukak buah koko. tapi aku karate kat pokok ja. maka selamatlah kaki aku.
hahaha ;p



isi buah koko macam nih la.
cara nak proses untuk buat serbuk koko ampa kena  keringkan isi buah tu dulu, keringkan sampai hilang selaput putih tu sampai tinggai biji dia ja. pastu dah boleh kisaq buat sebuk koko kot. pastu ampa boleh la buat apa yang patut. teehee
aku tak penah la buat tapi aku tengok dalam tv kata lagu tu.. hee


BUAH CEMPEDAK


pokok buah cempedak. sapa yang tak kenai ?
kekadang aku pun confuse gak antara buah cempedak dengan nangka. haha
buah dia gila punya banyak. saja edit bagi dramatik skit. haha. dasyat an ? 


BUAH MANGGIS/ MANGGIH


apabila payung menjadi mangsa keadaan 



hitam-hitam si tampok manggih
luarnya hitam isinya manis.

kalau ampa nak tau berapa ulas isi buah manggis ni ada sebelum ampa kopek buah ni ampa bole check dekat bawah buah manggis nih sendiri. makna kata ampa tengok kat 'bontot' buah ni la. tu pun tak paham ka ? -.-
ampa tengok bawah buah manggis tu ada kelopak tak ? ala kelopak yang macam bunga tu, kelopak dia kecik ja.
cuba kira berapa kelopak ada kat situ.
so, kalau ampa kira kelopak tu ada 6 makna kata insyaallah isi yang kat dalam pun ada 6 ulas jugak. 
aku tau sebab mak aku yang bagitau.. heee
paham dak ? kalau tak paham gak p beli buah manggis meh aku tunjuk. haha



payung dijadikan mangsa untuk mengisi buah manggis. orang petik dari atas pokok pastu baling masuk dalam payung nih. haha mampu ? untuk pengetahuan semua buah manggis tak boleh jatuh atas tanah nanti dia kematu ataupun dalam bahasa bukunya mengeras. so tak sedap la dan susah nak kopek makan. ngeee
tapi kalau jatuh atas kepala tak pa. jadi bengong2 sat ;p


POKOK HUTAN


nih pokok apa tah. pucuk dia buat masak. ehmm. erkk. tak ingat -.-


BUAH RAMBUTAN/ MOKTAN


buah rambutan separuh masak.
kopek buah ni pastu letak dalam peti ais. huhhu. sedapp
penah makan jem rambutan ? hee




apakah ini ?



ibu ayam dan anak-anaknya
dari dulu memang aku dok aim ja nak tangkap anak ayam nih..kecik besaq ja aku tengok. comeii sangat.
tapi tak penah dapat ligan depa. laju sangat anak ayam ni lari bila aku cuba ligan. dah tu aku yang kena ligan balik dengan ibu ayam nih -.- 

mak cek nak anak ayammmm..... 




Alhamdulillah. rezeki Tuhan melimpah ruah :)

4 comments:

PEYAN SANSTARO said...

Buah koko tu dulu rumah nenek aku bayk kot pokoknya. Karate guna peha. Mmg betol. Aku dulu hentak dkt batang pkok atau hentak buah tu dkt simen je. Hahaha :)

entri yang bagus :)

anak ayam? Thai banyak ja. P lah.. Muahahaha ;p

PEYAN SANSTARO said...

Ramai yang cmpius dgn buah pokok cempedak & nangka. Kalau nak tahu ada ada tips macam mana nak tau pokok cmpdak or nangka.


Hang ambik daun dia try pegang dekat bawah daun tu.

Cempedak = bawah daun dia berbulu-bulu..

nangka = bawah daun dia xdak bulu. Biasa-biasa ja.. Hahaha :)

Nasyha said...

Wahhh, tips yang bagus peyan ! heee

Nohasyida Safie said...

peyan : teknik karate ni mmg berkesan kan ? haha
cari anak ayam sampai kat Thai tu ? memang aku mencari nahas la. kalau ang teman tak pa la ;p haha
la aku dah tau perbezaan nangka dgn cempedak, nanti aku balik nak p check la daun dia. ngee. thanks peyan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...