Wednesday, 5 September 2012

Merdeka Pabila Syawal Tiba

Assalamualaikum
Hai Syawal !



20 Syawal 1433 Hijrah



SALAM AIDILFITRI

Alhamdulillah dah masuk hari ke-20 di bulan Syawal. baru hari ni ada mood nak menulih. hehe
sempat lagi kot nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua MAAF ZAHIR & BATIN kalau ada salah silap, terkasar bahasa dan terguris hati sapa2 na. :')
Moga bertemu lagi di bulan Ramadhan tahun depan :)



SALAM KEMERDEKAAN

Alhamdulillah Malaysia sudah Merdeka selama 55 tahun pada tanggal 31 Ogos yang lalu. 
Apa makna Merdeka pada kita ?

Pandangan mereka-mereka yang lahir pada 3 zaman yang berlainan:

Pakcik zaman darurat: Merdeka adalah apabila kita bebas dari penjajah asing yang cuba menguasai negara kita suatu masa dahulu.
  huihh. macam2 pakcik raso maso zaman Jopun dolu. nak makan ubi kayu pun kono menyorok belakang pintu punyo takut kek jopun tu ha. skang ni tak do apa nak ditakuit kan lagi"

Abang zaman kegawatan ekonomi: Merdeka adalah apabila negara kita bebas membangunkan ekonomi sendiri dan bebas daripada keganasan penyangak matawang. 
"zaman abang la waktu ni, memang gawat la, banyak orang yang kena buang kerja, nilai mata wang kita jatuh. tak da kerja memang tak makan la anak bini abang"

Adik zaman kemeriahan internet: Merdeka adalah apabila dapat menggunakan hak kebebasan bersuara sewenang-wenangnya dengan bebas mehamburkan kata2 sesuka hati dan sesedap rasa.
"kebebasan bersuara hak kami, kami nak line internet secara percuma segera diupgradekan secepatnya supaya laju selajunya agar mudah kami melayan youtube semahu-mahunya"

Zaman yang berbeza serta pemahaman yang amat berbeza. Mari buktikan yang manusia pada zaman ketiga itu adalah salah. Manusia zaman ketiga mempunyai semangat pariotik dan cintakan negara serta sentiasa mengenang jasa dan budi yang telah dicuahkan oleh pejuang kemerdekaan suatu ketika dahulu. Buktikan bahawa walaupun terdapat perbezaan dari segi fahaman dan kepimpinan tetapi semangat cintakan negara itu tetap sama. Demi negara kita yang tercinta Malaysia :D


maaf salah silap ya :)


p/s: Makna kemerdekaan bagi aku apabila menoleh ke kiri dan ke kanan seraya berkata "aku masih single".















2 comments:

DUNIA sesawangku said...

"aku masih single"...

Perlu ke? Hoho :)

Nohasyida Safie said...

ayat penegasan tu mesti la perlu.
hahaha ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...