Thursday, 21 June 2012

Perubahan. Perlu ?


Assalamualaikum
Hello !




Alhamdulillah. tadi last paper IS. makna kata pengakhiran bagi sem 4 ^^ 
Dewan DKP 20 tadi punya la sejuk, mula masuk pun dah sejuk. aku rasa dah macam dok dalam peti ais dah. serious sejuk sampai jari abis kebas. tulisan aku yang teramat cantik bertambah la cantik dengan kekakuan jari aku. -.- bedai tulih gak janji penuh. bila dengaq Sir cakap masa dah tamat semua rasa lega. lega bukan sebab dah siap jawab tapi sebab dah boleh keluaq dari peti ais gegasi nih. isi entah ke mana. ke laut mungkin. hee. tawakal ja lah.

bila dah keluaq dewan sejuk still menusuk ke sum sum tulang. wahh. hiperbola sedikit. tapi bukan ni yang aku nak cerita kan kat sini. hee

sebenaqnya lepas exam tadi aku dengan makcik nak pi Malayan Bank sebab ada urusan mustahak. eh.
yala dah pi bank faham-faham ja la kan. hee. 

loceng bas ditekan. teettttt. bas pun berhenti betoi-betoi depan bank. hebat kan ? 
masuk ja dalam bank kau terus pi isi borang, pastu amek no giliran. bukan main senyum lebaq orang yang dok jaga no tu. ngeee. aku pun senyum balik la. mesra pelanggan la katakan. tu yang senyum lebaq tu. 




lepastu aku pun pi la tunggu. no giliran aku 3037 kot. eh. tah la aku pun tak pasti. heee. tapi aku ingat kaunter 4. ahah ! pegawai bank punya la ensem. ala-ala Johnny Depp gitu. sat.. sabaq bukan muka dia tapi rambut dia ja. haha. aku pun pi la. dia pun menunjukan sifat mesra pelanggan dengan senyum lebaq.
wahh aku pun ehem. senyum lagi lebaq sampai ke telinga. ngeee (gegeh)

pastu sempat la aku dok beborak dengan dia dua tiga patah perkataan. haaa

aku: menghulurkan buku bank bagi kat dia. ehem (perbuatan)

tiba-tiba....

pegawai bank: kamu ndak tukar ic lagi ? (bahasa Sabah bah)
aku: erkk. belum lagi. (aku pun renyeh macam kerang busuk kat situ) -.-
pegawai bank (JD): senyum lagi. (perbuatan) 

amboih bukan main manih lagi ;p

aku: belek-belek kertas dekat kaunter. (perbuatan)
pegawai bank (JD): kamu ke kaunter 3. (sebelah ja pun)
pegawai bank (perempuan): kamu duduk dulu. (dia pun punya baguih senyum lebaq) 
ni pun mesti pasai ic aku nih. bisik hati aku.

lepastu aku pun pi la duduk dekat makcik.aku bagitau la kat makcik yang aku kena teguq pasai ic. lepastu aku terus menerus dibahan oleh makcik. -.-
eh. salah ka tak tukaq ic ? aku busy tak dan nak pi tukaq kot.

lebih kurang 3 minit berlalu. aku pi amek buku bank kat kaunter 1 pulak. haissh karenah birokrasi betoi.
pastu kan..

pegawai bank (pakcik): kamu tandatangan sini. bla. lan..
aku: sain la bagai, pastu aku kena cap jari bagai. (perbuatan)
pegawai bank (pakcik): nah (hulur buku, duit) kamu sekolah lagi ?
aku: ha ?
pegawai bank (pakcik): kamu masih sekolah atau kerja ?
aku: erm, belajar. 
pegawai bank (pakcik): owh. ok. sambil senyum (mesra pelanggan)
lepastu aku amek buku cakap terima kasih. senyum dan berlalu dari situ cecepat. -.-

nampak sangat kan? yala saya  faham. ok baik. lepas ni aku balik pi tukaq ic ok. ehehh
baru dapat kesedaran. kalau tak memang aku tak mau pi tukaq ic pun. nak simpan ja sampai bila-bila.
boleh ? idok le jawabnye ;p


kenangan betoi. nasib baik lepasni aku dah tak jumpa Johnny Depp Malayan Bank dah lepas nih. -.-
tapi adakah hari ni hari senyum lebaq sedunia ? haha

apa-apa pun terima kasih ya ^^

5 comments:

farahsalime said...

hahaha ic comey ^^

Nohasyida Safie said...

sbb comei sangat tu yg takmau tukaq tu. ahaks

Peyan Sanstaro said...

Ic aku time darjah 6 kot...
xdak masa nak tukar..
Hahaha ;)


p/s : sayang tau nak tukar gambar masa muda-muda !

Nohasyida Safie said...

kita geng la peyan -.-
hahaha

Nasyha said...

Abanggg pegawai bank iras2 azri iskandar, ni haaaaa orang yg xtukaq IC lagii. nindiaa nindiaa !! hhaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...