Sunday, 17 June 2012

Masih Ingat



Assalamualaikum
Hello !


Pada hari yang istimewa untuk seseorang yang istimewa. dia cuba mengingatinya hingga kini.

Membawa dia menaiki vespa kuning (mungkin hijau) semasa 16 tahun lepas. membuatkan dia tidak pernah lupa sehingga kini. bersama sayap kirinya membonceng dibelakang dan dia dihadapan. berasa angin menghembus kuat ke muka. tapi dia suka. mereka pergi menziarah ke rumah sapa tah dia lupa. apa yang dilihat hanya rumah papan, kolam ikan dan pokok durian. 

Masih ingat ketika dia didukung di atas bahu apa yang dia nampak hanya wajah ceria. dia juga gembira melihat burung berterbangan riang, seriang hati dia ketika itu. walaupun sakit dilupa sementara waktu dia  masih boleh tersenyum. rasa bahagia mungkin. tidak mengenal derita ketika itu.



google image

Dia amat gembira apabila melihat wajahnya turun dari taksi dengan membawa pulang keropok berwarna pink itu, sebungkus besar hanya untuk dia. dia masih dapat melihat suasana itu sehingga kini. gembiranya dia. 

Dia masih ingat lagi sewaktu dia dijemput pulang dari sekolah dah terus dibawa ke pantai. gembiranya rasa, bermain di taman permainan walaupun masih berpakaian seragam sekolah. dia dibawa pulang lewat petang. dia tetap tersenyum riang.

Dia masih ingat kasut berwarna hijau yang dibeli pada malam raya bertahun-tahun yang lalu. sesuailah dengan baju dia yang turut berwarna hijau itu. dia tidak merungut, menerima dengan hati yang suka. 

Piano mainan berbentuk kek harijadi berwarna pink itu. dia masih ingat lagi. 

Kadang-kadang dia lupa kadang-kadang dia ingat. 
Tapi moga dia tak lupa untuk selalu berdoa kepada-Nya  ^_^



Salam Israk Mikraj -27 Rejab 1433 Hijrah
Selamat Hari Bapa kepada incik ayah Safie Bin Senafi -2012
^_^








3 comments:

farahsalime said...

selamat hari bapa,pakcik :)

Nohasyida Safie said...

terima kasih yo nak. balas ayah aku. :)

Nasyha said...

selamat hari bapa, pakcik safie :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...