Tuesday 15 May 2012

Sebatang Pen Merah Itu



Assalamualaikum
Haii !




Tanggal 16 Mei. hari memperingati dan menghargai jasa guru-guru seantero dunia.


Tetiba aku teringat ada seorang budak perempuan yang berumur 12 tahun, pada sepuluh tahun yang lalu. Budak ni agak comei la pada masa itu, mungkin. Budak ni seorang yang pendiam di dalam kelas, 
Pada suatu hari seorang cikgu Bahasa Melayu yang amat dihormati dan disayangi oleh budak perempuan ini memberitahu bahawa seorang cikgu tidak meminta hadiah yang mahal-mahal daripada anak muridnya, tetapi cukuplah sekadar mengenang dan menghormati jasa dan bakti yang dicurahkan para guru. Tidak mengapa jika hadiah yang diberikan hanya sebatang pen merah walaupun murah.

Budak perempuan itu pun berfikir sesuatu. Oleh kerana budak perempuan itu amat menyayangi guru Bahasa Melayu itu maka dia memasang niat untuk memberi hadiah buat guru tersebut pada hari guru nanti, dan itu adalah hadiah pertama yang pernah dibeli oleh budak perempuan  untuk seorang guru. Ini kerana budak perempuan ini kurang berkemampuan ataupun tidak mempunyai kesedaran untuk membeli hadiah pada masa itu..

Tibanya hari guru, pagi-pagi lagi budak perempuan itu sudah bersemangat ingin ke sekolah. Berbekalkan bungkusan yang dibungkus rapi di tangan, dia melangkah menuju ke sekolah bersama kawan baiknya. Sesampainya di hadapan bilik guru, budak perempuan itu meminta bantuan kawannya itu untuk menyerahkan bungkusan tersebut kepada guru Bahasa Melayu kesayangannya itu. Budak perempuan itu hanya melihat dari luar pintu bilik guru, sembunyi malu. 

Bungkusan itu dibuka oleh guru kesayangannya itu, 
di dalamnya kelihatan sebatang pen merah Kilometrico berharga 80 sen.

naif sungguh budak perempuan itu =_='




SELAMAT HARI GURU CIKGU
-sksl-skk-smksp-smjkcm-uum-ums-



5 comments:

Farah Dalila Shafiee :D said...

comel sangat~ hahahaah

farahsalime said...

budak perempuan itu adalah kamu :)

Nohasyida Safie said...

hahaha. teruk betoi budak tu kan. ^^

DUNIA sesawangku said...

comen aku yang dulu dah hilang ke?
ayooooooooooo...

memang sah2 yang pprempuan tu hang..
tol tak tol tak?

#lol ;p

Nohasyida Safie said...

masalah teknikal la tu peyan.. hehe

hahaha. aku memang perempuan. lol ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...