Friday, 25 May 2012

Jambu Batu



Assalamualaikum
Haluu !




Sejak akhir-akhir ni jambu batu telah menjadi buah feberet kami kat sini. Jadi, bila waktu lapang ia menjadi bahan kudapan kami. hehe. bila dah dekat sangat dengan Giant. mudah ja pi beli depa dah wrap dalam 2 biji baru dua ringgit lebih. murah kan ? daripada beli yang dah potong siap sebungkus seringgit sikit sangat. haha. ni dinamakan pembelian secara bijak =P potong kecik2 pastu taburkan serbuk asam sesedap rasa untuk menambah lagi kesedapannya :) selamat mencuba !


hampa. hampa. hampa. ni kami nak bagitau sikit nih.


Khasiat JEMBU BETU 
(penekanan kepada bunyi e. sila bunyikan e tersebut menggunakan e-pepet) hahaha




image mr.google




Nama saintifik buah jambu batu ialah  Psidium Guajava. Tingginya dapat mencapai 12 meter. daunnya berbentuk bulat. mempunyai bunga yang berwarna putih. buahnya berisi serta banyak biji. dari akar sampai ke buah semua boleh digunakan untuk tujuan perubatan tradisional. (makna kata boleh buat kat rumah la) dan yang paling penting buah ni sangat efektif untuk menurunkan paras kolestrol dalam darah manusia dan bagus dimakan setiap hari. wahhh. baru tahuuu. walau bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu ni perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi untuk mendapatkan khasiatnya secara berkesan.



nak lagi bukti meh dengaq kata Dr Rokiah nih


Kami: doktor. doktor boleh terangkan dengan lebih teperinci tentang khasiat buah jambu batu ni ?
Doktor: boleh apa salahnya. mai sini nak story, macam ni...
(membongak ja aku) hahah 


Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.“Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,” ujar beliau.






image mr.google


sebenaqnya akibat tabiat dan cara hidup kami yang kurang melakukan aktiviti atau senaman fizikal masa kat sini, jadi dengan itu, kami ambil kesempatan memakan buah jambu batu yang tak perlu mengeluarkan peluh untuk sihat. hoho bukak mulut then ngap ja. senang. erkk. alasan semata :P
jangan tiru macam kami. hampa rajinlah bersenam ya ! hehe


akibat terlampau rajin mr.google menjadi rujukan kami. terimas mr.google. ^^
dan tak lupa kepada Dr. jemputan kita :)




Sekian, terima kasih ^^




p/s: bila dah copy paste ni la jadinya. heeh



SISWA SISWI MARI HIDUP SIHAT SEJAHTERA

4 comments:

Nasyha said...

baeklah doktot hasidah.
ribuan terima kaseh utk dr. rokiah dan en. google.
tak lupa jugak Giant tempat melampiaskan duit.
sekian

nohasyida safie said...

sesama. sambil tangan perbetoi cermin mata. ;p
berangan aku. ngeee
peace ^^

Peyan Sanstaro said...

Hadoi =_="

nohasyida safie said...

peyan meh kita sesama amal mkn buah jambu nih. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...