Thursday, 18 August 2011

Nasihat dan Pesan

Assalamualaikum
Hello !!


Lokasi kejadian : di dalam bilik menunggu di pusat service kereta.
Mangsa : dua orang wanita seorang suri rumah dah seorang remaja.
Pemangsa : seorang pak cik berbangsa Cina berusia lewat 50-an kot. panggil ancle  ja..


Ceritanya begini...
Sedang kami asyik dok layan game sepak takraw kat siaran arena tiba-tiba seorang uncle ni mai dan terus tukaq siaran tv tu ke berita mandrin tv2. Yala, masa tu tengah hari time berita, time rehat. Uncle tu keja kt situ sebab tu dia mai layan berita kat situ. Takpa, kita mesti hormat orang tua.. Yedak ??

Masa tu berita melaporkan tentang pemergian seorang wakil rakyat yang meninggal akibat kanser (kalau tak salah) dalam bahasa Mandrin pulak tu...Paham gak sikit2..heheh

Tetiba uncle tu pun bersuara "hmm...muda lagi dah mati" (agak kasaq bunyinya tapi tu la yang uncle tu cakap dengan kami)
"ha tula" kami pun jawab. Tiba2 aku pun teringat, aku ada pernah ternampak beliau masa beliau sibuk berkempen dulu. Tapi nak buat lagu mana Allah lebih menyayangi dia....

Tapi bukan tu yang nak cek nak tekankan kat sini. Tapi pasai uncle ni. Bila dengaq dia cakap...amboih..slang Melayu kot..walaupun uncle tu berbangsa Cina. Terpaku sat.. Peramah jugak uncle ni rupanya.
Memang uncle ni bercakap fasih berbahasa Melayu siap loghat Penang lagi (loghat Penang dan Kedah lebih kurang ja) Kami pun mula lah bersembang2 dengan uncle tu. Seronok rasanya dapat bersembang dengan dia. Biasalah orang lama ni banyak pengalaman, banyak cerita dan banyak nasihat. Memang pure utara.

Uncle cakap yang dia memang banyak berkawan dengan orang Melayu. Tu yang dia pandai cakap Melayu tu."hang tanya lah apa pun pasai  Melayu semua aku tau, cuma aku tak masuk Melayu ja" ujar uncle tu bertalu-talu. Terpaku sat.."Ohhhhhhhh" Jawab aku dan kak aq sambil mengangguk kan kepala tanda faham.

Pokok
Pastu uncle tu cuba test iq kak aku dengan bertanya tentang nama2 pokok buah masa kat kampung dulu-dulu. Dalam enam jenis pokok buah yang ditanya satu ja yang boleh kak aku boleh jawab. Yang lain semua dia tak tau. Yala uncle tu hidup berpuluh-puluh tahun dulu daripada kak aku yang baru berusia lewat 30-an tu.
ish..kalau dia tanya aku ?? hampeh...pokok2 tu memang dah tak da skang ni. Susah nak cari. Pupus.

Jogging
Uncle tu memang open minded cakap pun lepas ja. berlapik tapi pedih gak bilah dengaq.
"Masa aku p jogging kat tepi pantai ada la bebih kurang 300 orang Cina dok jogging. Melayu pun ada 3 org, tapi dok kat celah2 batu (berdua2an)". cerita uncle tu dengan penuh serius.
 Terdiam sat...

Anak
"Masa dulu hang p la lempaq anak2 hang kt mana pun, hidup jugak sampai la. Tapi cuba hang p lempaq tengok anak2 hang la ni. Tengok nak jadi apa kalau hang tak bagi depa mengaji elok2, nanti jadi penagih dadah". Jelas uncle tu perbezaan dulu dah sekarang. 
"emmm". Berfikir sat.

Telaga
"Aku ni dulu orang kampung jugak. Kampung aku kat Selama. Hang tau tak dulu kat kampung kami mandi guna telaga tau". bagitau uncle tu lagi. Aku nagn kak aku pun anguk sebab kami pun penah rasa mandi ayaq telaga tapi kak aq lagi berpengalaman la. Tambah uncle tu lagi
"Dulu keliling telaga tu kami buh daun nipah buat dinding, bila baru buh daun nipah tu elok la, daun tu dok hijau lagi. Tapi bila daun nipah tu dah kering daun tu mula jadi jarang2 sampai nampak abis orang kat luar. orang hat luar pun boleh nampak. cuba kalau sekarang ? ". 
"hahahah" kami tergelak sebab cara uncle tu cita lawak gila. (tapi aku cita tak lawak pun)
Ada rasional gak. em..senyap lagi.

Hantu
"Mintak maaf la aku cakap ni, orang Melayu banyak percaya bomoh. Kalau dulu2 sakit sikit p jumpa bomoh. Bila tanya sakit apa ? Tok bomoh cakap ada hantu. Yang sakit tu sebab hantu dok gigit." cerita uncle tu lagi.
"hahahah" kali ni lagi kuat kami gelak.
"tapi cuba sekarang ni sakit p hospital. satgi ada la keluaq sakit kanser la apa lah. Tapi kalu dulu mati, sebab kena makan dengan hantu sedangkan depa taktau mati sebab ada penyakit".
Tersenyum sat...(nasib baik aku maaf kan uncle tu)

Macam2 benda lagi uncle tu cita. Panjang sangat nak cita kat sini.. heheheh

Jodoh
"hang kalu nak cari laki cari yang umuq dia tua 4 5 tahun dari hang, Jangan cari yang muda2  yang sama umoq dengan hang. susah". Sambil berlalu p sempat lagi uncle tu berpesan kat aku.
em...no comment. Aku tersenyum lagi.


Pesanan uncle tu masih berbekas dalam minda aku. Cerita dia. Seronok dapat bersembang dengan uncle tu berkongsi cerita dengan orang lama....:D





p/s : bukan rekaan semata-mata. ayat pun tak ditapis bagi mengekalkan keaslian cerita.



THINK TWICE











2 comments:

farahsalime said...

like... :)
abis kalau dapat yg sebaya camna pakcik??
how?how?

nohasyida said...

emm..tula pasai yg aq dok pikiaq tu...
uncle tu asyik pesan suh cari org yg lagi tua drp kita..huhuhuh

bukan apa aq takut satgi dapat baya cam uncle tu camna ?? OMG ! OMG !

tp kalau jodoh nak wt camna an ??
heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...