Wednesday 28 March 2012

usang

Assalamualaikum
hello hai !






Perkataan yang cuba aku buang atau elakkan dari kamus hidup aku
Walaupun macam mana pun hidup aku, aku cuba lari dari menggunakan perkataan tu.
Aku anggap perkataan tu memang tak da langsung dalam hidup aku ni.
Tapi realitinya perkataan tu memang wujud. Haisshh...sapa la yang buat perkataan tu tak tau la.

Bukanlah bermakna aku tak pernah terkeluaq sekali pun perkataan tu. Ada la gak. Tapi bukan la selalu. Jarang. Macam yang aku kata tadi, aku cuba elakkan.




Macamana aku mengelakkan daripada perkataan ni ? actually a aku cuba beranggapan baik. Kat semua benda. Even benda tu memang tak baik la pun. Aku stay cool ja. Buat macam tak da apa-apa. Buat muka girang ja. Bukan tu ja. Aku cuba elakkan perkataan tu supaya tidak mempengaruhi orang di sekeliling aku.
 Yadak ? Ngee

 kalau aku nak elak dari perkataan tu aku cuba la buat benda lain contohnya macam buat sudoku ka. Ajak adik aku main enjit2 semut. Tak pun aku tengok tb. Tak pun aku jalan2 kat luaq. Tak pun aku p selongkaq barang lama dalam bilik. Mana tau untung2 jumpa harta karun ka. Hahah (tipu sangat)


****


Tapi ada satu perkataan yang telah menyentap seluruh raga hatiku ini.
Perkataan itu adalah "Hang ni BORING la!" kata kawan aku kepada aku secara tiba2 masa kami tengah makan kat cafe ! Baru nak suap nasi wana biru tu ke dalam mulut.
terpaksa aku hentikan untuk dua tiga saat. pastu ngap terus nasi tu ke dalam mulut.
emm..apa da hal. sentap sesaat dua ja.
Boring or bosan ha ? Heheh..actually aku lupa plak.

Sebenaqnya aku lebih suka mendengaq daripada memperdengarkan cerita aku kat sesapa pun. Tapi kalau mai angin rajin. Girang or gegeh aku. Memang aku cerita gak la. Hehe
Sebab aku rasa cita ku ni langsung tak best dan berfaedah untuk dikongsi bersama. Baik aku simpan sendiri.

Tapi sebenaqnya….

Ha..kat sini aku dapat detect satu benda. Iaitu aku tak suka bila aku dok bercerita tetiba ada gangguan seperti orang yang dengaq tu buat muka blur or boring dengaq cita aku. So bila aku dapat detect sigh camtu. Serta merta aku stop bercerita. Walaupun aku pada mulanya memang galak nak bercerita. Sebab tu telah membunuh rasa ingin bercerita aku. So aku diam ja. Dengaq lagi baik kot. Hehehe
Lagipun tak guna bercakap kalau orang tu tak dengaq buat perabis ayaq liuq ja kan ?


Lagi satu aku sememangnya tak pandai nak bercerita.kalau aku bercerita mesti tersekat2 macam cd cetak rompak pastu orang pun hilang minat nak tengok terus tutup cd tu. Macam aku pulak terus tutup mulut.  Kalau tak dah lama aku sapu segala pingat pertandingan bercerita masa zaman sekolah dulu.:P

 Aku memang tak pandai nak mulakan conversation dengan orang dulu. Sebab tu aku tak banyak kawan. Yang ada pun yang betol2 kenal rapat ja. Aku tak tau la apa first impression orang kat aku. Mungking depan nampak perkataan boring dok cop kat dahi aku kot. Tapi bila aku da start kenai orang or sembang memang depa akan tau yang aku sebenaqnya bosan seperti yang depa tak sangka. Erk..Mungkin:P haha
Tu la orang kata tak kenal maka tak cinta.. Kan ? Kan ?

Erkk…

Memang betol lah yang orang kata lagi jauh kita melarikan diri untuk sesuatu benda tu semakin lagi benda tu ligan kita balik. Ya dak ?


Bila kawan aku cakap aku macam tu baru aku sedaq yang aku ni memang membosankan kot. kot
Hahahah..tapi apa yang aku lagi faham. Rupa2nya aku langsung tak kisah ngan apa yang jadi kat sekeliling aku. Tu yang membuatkan aku jadi sedemikian rupa.



Apa2 pun aku tetap chill dan cuba menjadi kawan yang tidak memboringkan kawan.





p/s :tak guna minta orang lain ikut cara kita jika kita sendiri tidak mahu mengikut cara orang lain.
give and take la ^^

5 comments:

Nasyha said...

yea yea . saya la tuh.huhu sobs !

Nohasyida Safie said...

eh eh eh. awak ka tuh ?
aduh trease...
haaah

chill la...:)

Farah Dalila Shafiee :D said...

saya?saya? saya ke? aduusshh! =(

Nasyha said...

yea yea . saya la tuh.huhu sobs !

Nohasyida Safie said...

alalal...saya saja ja...heheheh.
makcik.. makcik..hohi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...