Tuesday, 5 March 2013

12 Jam

Assalamualaikum 
Bonjour !






Yang indah tidak akan mampu kekal
maka ia akan kembali kepada yang asal.

Monday, 25 February 2013

Wani vs Dubuk

Assalamualaikum
Bonjour !



Pada suatu petang yang damai
baik punya baring depan tv melayan cerita National Geographic dengan anak sedara aku, Nur Izwani namanya. baru darjah satu. hehe

dalam rancangan tu tunjuk la pasai sekoq binatang ni yang cari makan dengan memburu binatang lain. nama binatang ni Dubuk. muka ganaih, macam serigala dan anjing. tengok muka pun dah ganaih belom lagi tengok dubuk ni terkam mangsa dia. lagi la ganaihh.. waktu tu dubuk berkumpulan tengah menerkam seekoq rusa.


tetiba Wani bersuara...



Dubuk 
(haha comei ja nama)


"eeeee..kesiannye, takde benda lain ke nak makan?"

"tu memang makanan dia nak buat macam mana"

"rumput kan banyak, makan la rumput"


................


"acu, antara gajah dengan harimau acu nak jadi ape?"

"ermmmm..." 
(aku dok pikiaq nak pilih yang mana.. hahaha)

"ermm..acu jadi gajah la, kite jadi harimau" 
(takdan aku nak cakap wani dah suruh aku jadi gajah. hahaha)

"kenapa wani nak jadi harimau?"

"yela, harimau boleh makan orang!"

glup....... -.-




Monday, 18 February 2013

Amin vs Zombie

Assalamualaikum
Hello There !



Khairul Amin baru masuk tahun dua makna kata umuq dia baru 8 tahun bagi tahun 2013 nih. Budak KL tapi sudah balik bermastautin di Penang.. (ehh..sat.. dah besaq rupanya anak menakan aku nih..cepatnya masa berlalu. dok terbayang lagi muka baby dia yang sangat gebu dan comeii itu. huhh Amin cayanggg besaq panjang dah) :')

masa cuti sem lepas. cuti sebulan aku dok kat rumah ja tak pi mana pun. eh aku pi Melaka seminggu tu pun dok kat dalam rumah gak tak pi mana pun. haha

masa aku tengah cuti tu, ada cuti sekolah cuti Thaipusam kalau tak silap la. Jadi kakak aku yang nombor dua yakni kak katy bawak Amin dan abang Amin (Khairul Amir) serta kakak Amin (Nurul Amira) tidoq kat rumah aku. bukan senang depa nak berkampung kat rumah aku macam nih. hehee

ok bila dah berkampuang ramai-ramai, macam- macam karenah la yang ada terutamanya Amin.

aku selalu menghadapi konflik dengan Amin. kadang kalanya kami sayang menyayangi kadang kalanya kami bergaduhan. mana taknya bila Amin tengok muka aku mesti dia akan mintak nak lappy aku, nak main game favorite dia. Zombie vs Plants.

"Acu nak laptop boleh?"

"nak buat apa?"

"nak main game zombie, sekejap je"

"Tak boleh!"

"alaa boleh la"

"acu cakap tak boleh!"

"ala..acu ni kedekut la, Amin nak main sekejap pun tak boleh! bukan nak buat ape pun"
(sambil tangan memeluk tubuh, mata menjeling-jeling serta mulut muncung macam Teemo) haha



"Amin kalau main bukan reti sekejap tu acu tak mau bagi"

muka amin muncung lagi

"ala sekejap je"

"tak boleh!"

Amin pun berlalu dgn muka masam bercampur jeruk yakni merajuk.
aku memang tak bagi chance punya. haha. 

tengah aku baik dok layan runningman kat lappy aku.
tetiba gedebuk !!! gedebushhh !!! hinggap kat tengah belakang aku.

adoiiiii ! 

"Aminnnnnnnnnnnn !! sakit la!"

akibat dendam Amin yang membara terhadap aku dia hadiahkan aku dua tiga penumbuk hinggap kat belakang aku. fuhh rasa dia hampa jangan dok tanya la....

Amin terus berlari. Aku menarik nafas membara dan tetiba rasa macam ada api keluaq dari hidung. huhhhh

uihhhsss sabaqqqq...

dushhh !! gedebuk !! gedebuk !!

kena lagi aku..

.............

malam tu Amin nak balik rumah dia sebab esok nak sekolah.. aku dalam bilik, Amin masuk ingat nak belasah aku lagi rupanya...

Amin dengan baju tidoq dia masuk dengan muka sedeh macam nak tereyak (menangis) pastu Amin duduk atas riba aku, dia cakap

"Acu... Amin nak belanja acu makan MacDonald...jom laaa"

aloolooooo.. amin masih lagi sayang kat aku :')



p/s: dengan budak-budak pun nak gaduh ka ? hahaha




Sunday, 17 February 2013

Teruskan

Assalamualaikum
Hai Hello !




sekarang ni aku rasa macam makan tak kenyang, mandi tak basah, tidoq tak lena dan gelak tak bersuara.

oh hai semester baru !
oh aku dah siap kemas bilik !
dan oh aku belum ada roomate !




Diberi nafas lagi untuk sem ni. syukur Alhamdulillah :)

ya Allah permudahkan lah segala urusan kami dan berikanlah kami kekuatan untuk menempuh semester baru kali ini. Amin :)

bye..


p/s: abg aku call nak confirm tarikh 13. 4. 2013 :)

Monday, 31 December 2012

2012 Recap

Assalamualaikum
Hello There !



 I just wanna say 

bye to 2012. and say hello to 2013

many things happen in this year. unforgettable memories with my friends and family.



Borneo. UMS



arrival - Kota Kinabalu Airport



ums group member Operation Management- 1B


Information System classmate nurul and friends



nasi beriani Borneo sangat sedap - Central Point



 unique buses -Kota Kinabalu


ums classmate Anuar
kebetulan naik flight sesama masa balik. -Penang Airport




we will never forget this moment. infront 1BORNEO. hahaha



cycling at Padang Merdeka. :)


MY BIG FAMILY 


birthday Nurul Amira


Qasehhh sayanggggggg :)



raya dan raya


gengsta sista. haha




 Hutan Paya Bakau Taiping Perak 
Kak Amy dan Long


PENGANTIN BARU 


paksu dan maksu



kak Leha and the gang. 
kak Leha dah kawen yang lain bila lagi ? hehe



MY SUPERHEROES


they are taller than me. ohh nooo


MY BEAUTIFUL FRIENDS AT UUM


cendol Jo. sedappp



Tesco - Alor Setar


Istana Anak Bukit


bangun awal pagi semata-mata nak snap moment ni. hehee -Kabus di TM



Malam bintang kejora khas untuk blok A (ANGGUN) ngee
any objection with that name you can come and see me. hahaa ;p



berenang aka SWIM - depan DMAS


THE SIBLINGS


Alang dan Along


Anje, Along dan Alang -kebun rambutan UUM



gym - Pusat Sukan


nampak excited sangat -ladang rusa


rusa rusa dan rusa


floating mode



Ateh aka Erni


steamboat- Kuala Perlis


tak cukup 7 beradik. mana acu ? huhh


dkg 6


that's acu with umbrella  :)


bus stop dkg 6


to many things and I cant write or post all the picture here because its toooooo manyyyy. I will keep it to myself so that I can share it with you someday. teeheeee

Hope 2013 give us a goot goot goot goot life. with all this memories and experiences I hope that I will be a better person, be good with Him, be a good daughter, good sister, good friend, good neighbor, good student, good to our country and be good to everyone . insyaAllah :)

i wanna apologize for the things that i have done or undone, it might hurt some people feelings. i'm really sorry and please forgive me. please..



hope for a better life in 2013 and just keep on smiling :')


thank you and credit to my models.

Wednesday, 19 December 2012

Daydreaming

Assalamualaikum
Hello There!  




I'm walking through the night. Alone. Taking step just trying to find my way back home. Walking alone, in the darkness. Yes i can't see anything in the dark. I stop walking and I stand quietly. I'm little bit sacred in the dark. What can I do is just to pray in my heart  and hope that I will find the way back home. I just wanted to cry. Crying hardly so that somebody will hear me and can safe me. 

Then you came and grab my hand, but I can't see your face clearly. Through the moonlight what can i see is just your smile... =)


***

dushhhh..


daydreaming !! 
 teeheee





floating mode





p/s: grip on reality.

Saturday, 15 December 2012

Limau

Assalamualaikum
Hello !




Sedikit beremosi.

Pada hari khamis, lepas kelas company law terus lari balik rumah. Balik rumah duduk dan sehari ja. huhu. Biasa la bila lari balik tapi assignment yang ditinggalkan tak siap2. hee. And now im back to uum again. hehee

Tadi naik bas paling awai pukui 7 pagi. Makna kata aku kena bangun lagi la awai kan. hee.
Semangatnya aku. Tak pernah2 naik bas awai2 macam nih. Gelap gulita lagi masa nih.
Masa salam mak tadi. tetiba rasa sebak, sayu semacam ja. Peluk mak kuat-kuat. 
Rasa sebak ni aku tahan ja. Cover takut mak nampak. Malu la. Kalau mak nampak hilanglah ke macho an aku ini. kehkeh ;p

Masa keluaq rumah tu last2 ayaq mata menitik jugak. huhu. Kalah jugak aku dengan ayaq mata. -.-

But what the hal la kan. Perempuan dan ayaq mata tak bole dipisahkan yadak ?? haha



****



Aku amek bas dari Kulim terus ke Alor Setar. hayoo. Secara normalnya bas tu akan mengambil masa 2 jam 30 minit ja untuk sampai di Alor Setar. tapi tah kenapa basa yang bergerak terkemut2. Pergi dan balik aku memakan masa 3 jam. huhh. Sabaq ja laa. takpa2 sabaq..

Sampai tadi dalam pukui 10 lebih. Alhamdulillah. Pastu tunggu pulak bas Mara ke uum. Kami kena tunggu dalam 1 jam lebih dalam bas tu. dah la tak bukak aircond. Sejam dalam tu dah boleh jadi ayam panggang dah dalam tuh. hee. Takpa la kalau yang ada dok tunggu dalam bas tu semua muda mudi belaka. ni tak yang ada pakcik-pakcik, makcik-makcik, uncle-uncle, depa yang dah kurang kudrat dari budak muda muda nih mana boleh tahan. kesian kat depa kepanasan. 

Ada la sorang uncle ni dok sebelah aku. means, kerusi sebelah bukan dok betoi2 sebelah aku. ngee
uncle tu pun kata la "awat depa tak bukak aircond". Dah la sejam dok tunggu. kesian kat depa. pastu uncle tu kata lagi "kalau depa bukak aircond dok sejam lagi dalam bas ni pun boleh" aku pun senyum ja lah.. hehehe

Pastu ada lagi pakcik kat belakang uncle tu siap pakaian kerja. Makna kata nak p kerja la kan. dah kena tunggu punya lama pukui berapa lah dia boleh sampai kat tempat kerja dia kan. Kesian pakcik tu.

Pastu ada makcik dok sebelah aku, kami pun dok mengomel-ngomel sesama. (biasa la perempuan nama pun kan) haha. Pastu makcik tu dengan tidak semena-mena menghulurkan dua biji limau bagi kat aku. Aku pun malu2 kucing nak amek. Makcik tu suruh aku amek jugak. tapi aku segan. Oleh kerana tak baik menolak pemberian orang aku pun amek buah tu dan cakap terima kasih ^_^

malu. hehe

Tunggu punya tunggu pakcik bas tu mai bukan aircond. Semua orang pun lega Alhamdulillah.

Bas pun mula bergerak dan semua orang sampai ke destinasi yang ingin dituju. Semua orang senyum dengan gembiranya. heee



Terima Kasih :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...