Monday, 13 May 2013

Kuasa Luar Biasa

Assalamualaikum
Bonjour !




Disaat manusia lain mula lari meninggalkan kita, cuma ada seorang ja yang tidak akan lari. Malahan dia lah yang paling dekat dan tak akan pernah cuba lari meninggalkan kita seorang diri.


Teringat ada satu hari dulu aku tertinggal bas nak balik uum. Pastu aku pun blur tak tau nak buat apa dah. (aku memang selalu ja blur. haha)

 Aku call mak cakap 

"mak bas dah lepaih la. macam mana ni?"

"tunggu dulu, satgi mai yang lain kot"

"hurm...ok" 

Aku pandang bawah. mata jadi kelabu sebab ayaq mata dah mula bertakung. hurm.. 

"sabaq-sabaq jangan nak buat drama kat stesen bas macam hilang anak pulak". aku bermonolog sendiri.

Selepas beberapa lama aku pandang depan tengok-tengok mak dah ada depan mata. Rasa macam nak meraung ja kat situ (over) bila nampak mak. Mak mai tunggu aku !! 
Tak tau macam mana nak explain perasaan tu. memang rasa lega gila bila nampak mak ada sama. Rasa semua beban ditinggal bas hilang sekelip mata. (kena tinggai bas rasa lagi teruk kot dari kena tinggai dengan marka. haha. tahla aku tak ada pengalaman dalam hal macam tu :p) 

Aku senyum tengok mak. pastu diam ja tak kata apa-apa pasai aku malu sebab mesti mak tau aku nak menangis masa tu. ngeee

Mak tunggu aku sampai la aku naik bas. :')

Tu la kuasa luar biasa yang mak ada. kita tengok ja dah rasa lega. 

Tu belum lagi mak buat lawak ka apa ka. tapi lawak-lawak mak pun aku mesti rasa takut jugak dengan mak kalau nak cerita apa-apa yang secret ni. takut salah cakap nanti kena sembuq, aku, abang, kakak, adik semua lari berterabuq. haha. tapi lambat laun mak tau jugak. heheee. 

satu lagi kuasa luar biasa mak yang dapat baca apa rahsia yang anak dia sorok. hee



pokok bunga mak



Terima kasih mak, cek sayang mak tau ^_^




p/s: mak bagi permission dah, mak cakap "adik hang dah boleh cari dah kot" ngeeee




No comments:

Post a Comment