Saturday, 21 July 2012

Diariku Ramadhan #1


Assalamualaikum
Hello Ramadhan pertama !



1 Ramadhan 1433 Hijrah


Alhamdulillah, aku masih bernyawa untuk menikmati bulan Ramadhan pada kali ini. Syukur, kini aku dah genap umur 22 tahun. sudah cukup tua bagi angka tetapi amat mentah untuk mengenal erti hidup, masih banyak yang perlu dicari dan diperbaiki bagi meningkatkan mutu diri. Matlamat utama hanya untuk yang Hakiki.

Alhamdulillah, sudah dua malam bertarawikh. Mudahan istiqamah sampai akhir.
:)

entri ni khas untuk bulan Ramadhan tau. namanya Diariku Ramadhan. 



Harapan Ramadhan- Raihan & Man Bai

Puasa pertama hari ni agak meletihkan sebab kena berhadapan dengan pisang-pisang yang perlukan perhatian. erkk. ok actually aku kena tolong mak aku buat kerepek pisang. So, tugas aku kena kupas kulit pisang la. ngeee
Lepas tu, siap2 tolong kak masak apa yang patut untuk berbuka.
rumah harini riuh rendah dengan anak -anak sedara. tapi masing-masing sibuk menghadap game, lappy. haisshh, budak-budak zaman teknologi ni advance segala. haha

Amin first time puasa penuh harini. haha comeii ja. asyik dok mintak ayaq nak minum. jenuh nak pujuk. haha


ok. itu sahaja untuk hari ini. jumpa lagi di lain entri.



Selamat berpuasa semua ^^






No comments:

Post a Comment