Assalamualaikum
Haii !
Hari-hari yang ku lalui penuh kejutan. hari ini paper yang telah ku hadapi seperti tiada harapan. namun tetap ku telan. sudah tidak mahu bicara kisah yang penuh terkesan. biarlah ku sendiri yang simpan. moga menjadi coretan silam. dikala hati menanggung keresahan. menunggu bas tidak kelihatan. hati didalam, yang tahu hanyalah Tuhan.
saat 5.30 pagi
lepast exam tadi. bas tetap tak kelihatan. entah dimana salah silapnya. hampir sejam menunggu. berkat kesabaran. ada insan yang menghulurkan tangan. meringankan beban. menumpangkan kami untuk pulang. ya, disaat hati terkesan. walau kita baru berkenalan. masih ada sanggup memberi pertolongan.
Terima kasih pada Adik tersebut. yang sudi memperlawa kami menumpang bersama. terima kasih pakcik tersebut yang sangat baik dan sangat lawak. terima kasih sebab sudi menghantar kami, Maylene sekali. kami balik dengan selamat. dalam lawaknya sempat berpesan "perjalanan hidupmu masih panjang" walau bukan dituju pada ku. tapi ya aku sedikit terkesan. :') akan ku simpan sebagai pesanan.
terima kasih pakcik, abang dan adik. Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala budi baik kalian. walau kita berjauhan, akan ku kenang selagi hayat dikandung badan.
'Takdir Allah dan apa yang Allah kehendaki maka Dia melakukannya '
terima kasih ^^
No comments:
Post a Comment