Wednesday, 22 June 2011

Snow Prince

Assalamualaikum..
Hello There !!

huhu..
mood sedeh ni..
pasai apa ?? Toksah dok tanya la.
Ni suma pasai aktiviti masa cuti cek la ni. Aktiviti apa ? Lagi mau tanya ka ?
Aktiviti tengok tb cita yang best2 la.

ok2..kembali ke mood sedeh..huhu
Semalam cek ada la layan cita Jepun tajuk Snow Prince yang mengisahkan dua orang budak iaitu Sayo dan Sota (betoi la kot nama dia) 
haha
Sayo budak perempuan anak orang berada, Sota pulah anak orang miskin yang tinggal dengan tok wan (datuk) dia ja..
Normal la cita apa pun mesti ada cinta terhalang disebabkan darjat yang berbeza..
huhuhu..dunia2..kejam sungguh !!


Ok..Bukan tu yang cek nak tekankan di sini, tapi cek nak cita nilai kemanusiaan dan kasih sayang yang ada pada org miskin dan yang kadang2 tak ada kat orang ada2.

Part yang menarik dan menyentuh perasaan dalam cita ini ketika Sota pi antaq barang ke pekan seorang diri sebab tok wan dia sakit. So, ketika pulang tu ada penyeluk saku dah curi duit hasil dari penjualan barang dia tadi. Sota pun cari merata2 tapi tak jumpa gak duit dia balik. Sota pun balik dalam keadaan hampa dan kecewa mengenangkan tok wan dia yang sakit dan sangat memerlukan wang untuk makan dan beli ubat.
Lantas setibaanya Sota kat muka pintu dengan basah kuyup, dia pun tengok tok wan dia. Tok wan dia pun usyar dia balik. (saja cek tambah nak bagi dramatik sikit) haha
Sota pun menangis tersedu2. Tok wan dia tanya kenapa Sota menangis. Tapi Sota tak mau jawab. So, apabila diasak-asak Sota pun bagi tau yang pencuri dah curi duit depa.
Sota menangis dan menangis lagi dan lagI.

Melihat keadaan itu, dengan muka yang hampa tapi pasrah tok wan dia pun peluk dan cakap
"Tak apa Sota, mungkin ada orang lain yang lebih memerlukan duit itu" 
dan ayat yang paling cek tak tahan sampai nak mengaliaq ayaq mata ni..
"kita jangan benci atau berdendam dengan orang sebab ini akan lebih membuatkan kita lebih sedeh"
Katanya kepada Sota dengan pasrah sambil mereka berpelukan..sedeh gila part ni waktu tu.

Kalau kita mesti dah kena maki hamun plus sumpah seranah dah pencuri tu.
agak kureng ajo !
Ni tok Wan dia bleh relax ja..huhuh

sedeh tak cek cita ? Kalau tak sedeh gak ampa pi la layan cita dia.Sure ampa menangih sampai lap ayaq mata guna gebaq aka selimut.
Maap laa cek kalau bab cita ni kantoi sikit..hehe

Ending dia lagi sedeh..last sekalikan..........


BIAR MISKIN HARTA JANGAN MISKIN ADAB

No comments:

Post a Comment