Assalamualaikum
Hello hai !
Ha..ampa percaya dak dengan hanya RM 150 ringgit ampa boleh melancong ke Kundasang selama dua hari satu malam ? ala2 macam rancangan Destinasi Bajet yang Qi buat tu.. heeee
tak percaya ? takpa takpa meh sini cek tunjuk .^^
Kami iaitu cek sendiri dan Nas memberanikan diri untuk berbackpack ke Kundasang. Kami dua orang ja nak ke Kundasang sempena cuti mid sem ni. Nak ke Kundasang mengambil masa 2 jam dari Kota Kinabalu. Kami naik bas mini (van sebenaqnya) dari Padang Merdeka terus ke Kundasang.
1. kami naik bas dari Indah Permai (IP) iaitu dari rumah kami ke KK- RM 1
2. dari KK nak ke Kundasang - RM 20
maka bermulalah perjalanan kami ..
Subahanallah tengok. Gunung Kinabalu ! gambaq ni senget-benget sikit sebab ambil dalam bas. huhu
kami excited gila bila nampak. terus masing-masing gelabah nak tangkap gambaq. dah la abang tu bawak bas punya la laju. jalan pulak berbengkang-bengkok. tapi apa da hal. teruja punya pasai. snap gak gambaq. orang yang kat belakang mesti pelik ja tengok tindakan kami yang agak jakun ini .huhu
shot ni ja yg terbaik. yang lain lagi senget-benget. heee
ni pulak view kat Homestay Seribu Satu kat Kampung Kinasaraban Kundasang. kami jumpa Homestay ni kat facebook. heee. RM 70 sebilik boleh la kan. rumah ni ada lima bilik. tapi masa kami dok sini takda sapa kami dua orang ja dalam rumah dua tingkat tepi lereng bukit ni. huu. maka bermaharajalela la kami disitu. hoho
Kami sampai awal sangat sepatutnya check in pukul satu. tapi kami sampai pkul 11. haha. gila awai. so lepas kami tanya tuan punya Homestay iaitu kakak tu (lupa tanya nama kami panggil kak ja) mana kedai, pekan yang boleh beli barang, tempat yang menarik kat sekitar situ. kami pun decide nak pi jejalan sebab awai lagi. kami nak pi ke National Park nak tengok apa yang menarik kat sana. memandangkan kami menginap luaq daripada pekan so nak cari bas memang payah sikit. kami kena tunggu tepi jalan tahan ja bas ka, kereta orang kampung ka, minta tumpangkan kami ke National Park tu.
sesudah lama menunggu tak nampak pun bayang bas pun. penat dah menunggu. gambaq yang kat atas tu ialah kedai runcit kami tunggu bas depan kedai ni la. aku yang tidak berpuas hati bertindak pi tanya makcik kat kedai tu. tanya betoi ka da bas lalu kat situ. makcik tu cakap ada. tapi kena tahan sendiri laaa..hehe
lebih kurang setengah jam tunggu kami dah nak give up. tapi memandangkan kami dah kat situ kena tunggu gak. kalau balik nanti rugu pulak. Doa punya doa tetiba ada la seorang hamba Allah yang berbaik hati nak tumpangkan kami ke sana ^^
tadaaaa..ni la tour guide kami. Azwin nama dia. dia dengan berbaik hati nak bawak kami masuk ke dalam National Park ni sampai ke atas. mula-mula kami ingat nak jalan kaki sendiri ja masuk ke dalam. tapi dah dia offer kami ikut jala. hee. pastu baru la kami tau punya la dalam dan jauhnya National Park ni. nasib baik Azwin tolong bawak kami kalau tak memang tak sampai la kami ke Kaki Gunung Kinabalu ni. dah la hujan lebat pulak tu. tetiba ja. Ehh. lupa pulak nak bagitau ampa kat sini la orang nak daki Gunung Kinabalu tu.
ramai ja orang jalan kat sini. hee
gambaq kami pun secara tidak sengaja telah terakam oleh abang baju hitam tu. say peace .
Azwin tolong jadi photographer tak berbayar kami. sepatutnya kat belakang tu nampak view Gunung Kinabalu tau. tapi hari hujan. banyak kabus. agak kecewa bila tak boleh tengok dengan lebih dekat. huu
masa naik ke sini kami teruja gila. sebab banyak sangat kabus. sejuk ja rasa. macam kat overseas ja. (walaupun tak penah p pun) ;p
berkabus sampai tak nampak orang belakang tu.. sejukk sangat ^^
Azwin ni sebenaqnya dah berkali-kali daki Gunung Kinabalu ni. dia selalu bawak pelancong daki Kinabalu. dia jadi tour guide la. orang-orang tempatan situ memang buat side income dengan bawak pelancong daki gunung. makna kata depa boleh daki free ja. berkali-kali pulak tu. duit pun dapat. tak macam orang luaq kena bayaq tau. mahal kot. huhu.terpaksa la ku lupakan hasrat menggunung ku ini untuk mendaki Gunung Kinabalu. balik kena kumpui duit dulu la..huu. tapi tak pa lawak-lawak Azwin telah mengubati kesedihan ku ini..haha. lawak betoi dapat sembang dengan dia ni. tengok betapa jinaknya tupai Kinabalu ni. panggil ja dah mai. comei ja. banyak ekoq ada. hee. teringin gak nak pegang. tapi takut nanti kena geget hilang jari pulak..hehe
gambaq atas ni ialah pendaki yang baru turun dari Gunung Kinabalu. makna kata ni adalah gate pertama untuk daki Gunung Kinabalu. namanya Pondok Timpohon. sesapa yang tak ada permit mendaki tak boleh la keluaq dari gate ni, so kami naik kat atas pondok ni boleh tengok-tengok ja. hee. sini pun kabus jugak.
kat bawah pondok ni ramai dah pendaki bersiap2 nak mendaki.. huu. jealous tengok depa.
nama-nama pendaki dengan masa mendaki mereka yang terpahat disitu. hebat2
see, dah dekat sangat boleh nampak gunung tapi disebabkan hujan makin lebat. kami pun balik.
kecewa sikit. tak nampak Gunung Kinabalu..huhu
balik ke homestay. lapaq, makan apa yang patut. tengokk. pokok bawang. tapi bila dah tuai nama daun bawang. besaq gila. gemuk-gemuk. tak penah nampak sebesaq ni. ampa nampak biasa ja kan ? tapi realitinya besaq weh.
view depan homestay. depan tu umah tuan homestay ni. bukan yang ampa nmpak tu. tapi umah dia lindung pokok jambu tu..heee..see, berkabus sangat..sejuk !
ni model sofa dan remote tv yang tak berbayar..heee. lepas perut kenyang. tengok tv ja la. nak keluaq luar tu hujan =_='
kat sini memang sejuk sangat tak tau la berapa suhunya. tah2 sama cam suhu kt Netherlands kot. (oktipu) ayaq dia macam ais batu nak mandi pun teragak2 ;p hahaha.selesai la aktiviti pada hari pertama. heee. tu ja yang kami mampu. tapi jangan risau ada sambungan hari kedua. hoho
to be continue ... ^^
10 comments:
bestnye ^^
hujan emas di negeri orang .
hujan batu di negeri sendiri .
hehehe ^^
Kak, sebenarnya Azween tue rakan satu sekolah saya. Skrg kitorang student Form 6 di SMK Kundasang...
Haii Mizz Freesia ^^
hope kak boleh pegi sana lagi :)
Nak no azwin
Nak no azwin
saya xda no azwin. try awak mintak kt Mizz Freesia :)
Hemmm... Lain kali datang lagi yehhh..
As slm..Saya sdg survey nk gi kundasang...trycari transport ni...Boleh sy dpt emel Mizz Freesia...nk dptkan contact no En Azwin.. notie2345@yahoo.com
As salam, boleh saya dapatkan no azween tour guide awak tu? email ke dkasalisa@gmail.com. terima kasih.
Post a Comment