Thursday, 3 July 2014

Mimpi

Assalamualaikum

6 Ramadan 1435


sudah setahun lebih
baru dua kali
aku nampak dia
tapi tiada suara
wajahnya jelas seperti selalu aku lihat

sudah setahun lebih
baru berapa kali 
aku menjengah
maaf
kerana beribu alasan
sibuk dengan urusan
dunia yang tidak pernah kehabisan

sudah setahun lebih
kita tak bersua
bukan aku tak rindu
bukan aku tak ingat
cuma mulut terkunci
hati yang berkata
siapa tahu



hidup ini siapa yang tahu bila dia bakal ditinggalkan dan bila dia bakal meninggalkan


Thursday, 19 December 2013

Akhir 2013


Assalamualaikum
haii






sungguh aku peduli
cuma belum masa lagi
final exam lagi berapa hari
ayuh kita ulang kaji

semoga berjaya :)





Saturday, 14 September 2013

Teduhan Qaseh


Assalamualaikum





Tadi kak aku ada hantaq gambaq Qaseh. Huuu
Rindunya kat Qaseh tak dan nak jumpa sebelum balik haritu. Ermm
Kak aku cakap yang Qaseh asyik sebut acu bila nak panggil dia. Pada hal kak aku tu achik bukan acuu.
Ha Qaseh mesti rindu kat aku tu yang asyik tersasul tu. Acuuu acuuu katanya..




awat comei sangat tak tau :)




Qaseh masa kecik.


Sebenaqnya aku rasa bersalah kat Qaseh sebab aritu aku termarah dia sebab dia p lempaq phone aku.
Berderai jatuh atas lantai. Pandai dia p capai phone aku yang dah hidup segan mati tak mau tu. Huuu
Aku yang tengok deraian phone aku teruih marah kat Qaseh yang telah meniquih ketakutan sebab tau dia buat salah.

Aku marah2 manja gitu. Saja ja gertak dia. Haha. Jahat gilak aku.. Pastu dia apa lagi dah kena ngan aku teruih tereyak bagai nak rak. Last2 aku jugak kena pujuk. Huuuu.

 Bab pujuk Qaseh ni best sebab apa time ni la aku boleh amek kesempatan nak peluk dia lelama. Haha. Jahat lagi. Dia takut aku marah dia lagi so dia dok senyap dlm pelukan aku sikit pun tak bergerak. Comeii wehhh. Kesian pulak tengok muka dia yang tak bersalah tu. Sebab aku yang bersalah sebenaqnya. Haishhh

Kehkehkeh

Family aku dah tak dak budak kecik dah sebab la ni semua anak menakan aku dah besaq gedabak. Tak leh nak panggil baby lagi. Yang paling kecik pun Wani pastu Amin. Depa dua ni ja yang masih kiut miut pun, yang lain tu dah tak kiut dah. Haha



tengok tu dalam banyak banyak benda 
moto jugak yang dia pilih



Dengan Wani ni tak boleh nak bermanja sangat sebab budak kecik ni ganaih sikit dia tak layan la manja- manja kiut miut ni. Kalau nak manja manja juga cara dia dengan main 'game badut'. Yang main kepit hidung, jentik dahi ngan pukui tangan tu. Yang tu dia suka. Aku yang akan jadi mangsa dia ajak main game ni.  Haha. Ganaih kan. Harap nama ja baby. Ngeee




Kalau Amin ni yang best sebab dia memang manja. Eh tak tak aku yang suka memanjakan dia. Heee. Amin ni sopan sikit, tapi sopan dia tak la lama mana pun sebab last sekali mesti aku kena buli dengan dia punya. -.-



apa fesyen rupa budak  ni ?


Bila amin mai rumah aku mesti aku akan greet dengan ayat ni. "Aminnnnnnn….. Alooo cayanggg. Meh cayang cikit" 
(rasa nak muntak pulak, tapi ayat dengan budak mesti la cam gini yadak ?) hahaha

Pastu end up dengan amin akan cakap "Acu amin dah besar la bukan budak kecik lagi" -.-
Uishhh. Sekali aku yang kena sound balik. Alaaaaa.. nak bermanja sikit pun tak boleh ka ?



amin masa kecik. tembam sangat :)


Anak sedara semua sudah besaq tinggai Qaseh ja tempat menumpang kaseh. Boleh gitu? Hee




p/s: macam tak kena ja tajuk entri. haahh

Friday, 13 September 2013

Hujan

Assalamualaikum



Alhamdulillah dah seminggu aku kat Sintok. InsyaAllah ni semester yang terakhir bagi kami tiga bersaudara :') lagi empat bersaudara tengah praktikal nun disana..

sekarang musim hujan. sejuk ja kat sini :)

Tapi entah kenapa lah perasaan aku turut rasa sayu dan kuyup seperti hujan yang turun membasahi bumi Sintok ini sejak seminggu lalu.

Aku bukanlah seorang yang berjiwa leleh. Tapi tah dalam minggu ni rasa sensetip sangat. Tak boleh kena cuit sikit dengan ayat-ayat yang mengusik perasaan dan gambaq-gambaq yang mengusik jiwa. Mesti ja cepat terasa... hamboii diaaa 

Mungkin sebab cuti sem hari tu lama sangat  kat rumah membuatkan aku home sick tak habih-habih. Pada hal tak pernah home sick pun sebelum ni. saja mengada !

uishh. jangan dilayan sangat perasaan macam ni kan. 
shuhhhh p main jejauh ;p










Memohon supaya kami diberi kekuatan dan kemudahan untuk mengharungi semester terakhir ini. :)




Friday, 21 June 2013

u

Assalamualaikum
Hello there !










cepatnya masa berlalu

 meninggalkan  kau dan aku

yang masih disitu

mungkin masih mencari sesuatu

tapi belum ketemu

sampai bila nak menungkat dagu

masih memikirkan soal lalu

membuatkan fikiran bertambah celaru

yang lain sudah selangkah maju

adakah aku juga sebegitu 

sudah maju 

masa tidak akan menunggu

ingat tu !






p/s: menunggu kertas terakhir sem 6 ^^







Thursday, 13 June 2013

Hilang

Assalamualaikum
Bonjour !



Yang hilang dimata tak semestinya akan hilang juga dihati. 


Duhai kasih 
Duhai sayang
Jangan kau merintih 
Setiap kehilangan
Kita hanya barang pinjaman
Bila masa tiba dijemput pulang
Tiada apa yang dapat menghalang 
Di sini sebagai persinggahan 
Untuk kehidupan yang abadi berpanjangan

Dengarlah kasih 
Dengarlah sayang
Kepergiaan ku tidak perlu dipersoalkan 
Kerna ku sudah pergi menyahut seruan
Dipanggil balik menghadap Tuhan

Wahai kasih
Wahai sayang
Berbaiklah engkau di sana
Jangan mengharap aku kan pulang
Teruskan hidup teruskan perjuangan
Tak semestinya berganti bagi yang hilang
Harap kau terus bertenang
Yang ku minta cumalah satu 
Moga doa mu kekal berpanjangan 



24 Mac 2013
Ya Allah ampunilah segala dosa arwah ayahku, tempatkan lah dia disisi orang2 yang beriman, dan permudahkan lah urusannya di sana. Amin...

Monday, 13 May 2013

Kuasa Luar Biasa

Assalamualaikum
Bonjour !




Disaat manusia lain mula lari meninggalkan kita, cuma ada seorang ja yang tidak akan lari. Malahan dia lah yang paling dekat dan tak akan pernah cuba lari meninggalkan kita seorang diri.


Teringat ada satu hari dulu aku tertinggal bas nak balik uum. Pastu aku pun blur tak tau nak buat apa dah. (aku memang selalu ja blur. haha)

 Aku call mak cakap 

"mak bas dah lepaih la. macam mana ni?"

"tunggu dulu, satgi mai yang lain kot"

"hurm...ok" 

Aku pandang bawah. mata jadi kelabu sebab ayaq mata dah mula bertakung. hurm.. 

"sabaq-sabaq jangan nak buat drama kat stesen bas macam hilang anak pulak". aku bermonolog sendiri.

Selepas beberapa lama aku pandang depan tengok-tengok mak dah ada depan mata. Rasa macam nak meraung ja kat situ (over) bila nampak mak. Mak mai tunggu aku !! 
Tak tau macam mana nak explain perasaan tu. memang rasa lega gila bila nampak mak ada sama. Rasa semua beban ditinggal bas hilang sekelip mata. (kena tinggai bas rasa lagi teruk kot dari kena tinggai dengan marka. haha. tahla aku tak ada pengalaman dalam hal macam tu :p) 

Aku senyum tengok mak. pastu diam ja tak kata apa-apa pasai aku malu sebab mesti mak tau aku nak menangis masa tu. ngeee

Mak tunggu aku sampai la aku naik bas. :')

Tu la kuasa luar biasa yang mak ada. kita tengok ja dah rasa lega. 

Tu belum lagi mak buat lawak ka apa ka. tapi lawak-lawak mak pun aku mesti rasa takut jugak dengan mak kalau nak cerita apa-apa yang secret ni. takut salah cakap nanti kena sembuq, aku, abang, kakak, adik semua lari berterabuq. haha. tapi lambat laun mak tau jugak. heheee. 

satu lagi kuasa luar biasa mak yang dapat baca apa rahsia yang anak dia sorok. hee



pokok bunga mak



Terima kasih mak, cek sayang mak tau ^_^




p/s: mak bagi permission dah, mak cakap "adik hang dah boleh cari dah kot" ngeeee




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...