Friday, 6 May 2011

Oh Peperiksaan !!

Assalamualaikum..
Hello There !

Memandangkan final exam dah hampir tiba cek dengan ini xmau nak ckp bnyak2 dahla.
hehehe
Ni cek nak bagi tips sikit kat ampa suma tentang cara-cara nak menghadapi peperiksaan.
Tips ni suma yang pernah cek amalkan. InsyaAllah..

Sebelum tu bila dekat nak exam ni mesti hati ampa jadi tak keruhan dan tak menentu kan ?
Mesti ayat-ayat ni kluaq dari mulut hampa "alamak exam dah dekat buku tak habih baca lagi' 
"huhu..menyesai aku dulu masa dalam kelas lecturer dok ajaq aku asyik lena (tidoq) "
"awatlah aku tak study awai-awai sebelum exam ?"
dan macam-macam lagi lah.

Tu la menyesal dulu pendapatan menyesal kemudia tidak berguna lagi.
Bak kata mat salleh "nothing to regret" 
hehehe
So, daripada ampa suma dok keluh kesah lebih baik ampa suma pi study la.

Cara-caranya :

  1. Tengok jadual exam ampa suma ya. Tengok mana satu subjek yang mula exam dulu.
  2. Mula merancang subjek mana yang lagi pentig untuk diberikan penekanan. Contohnya matematik, kena buat banyak latihan na.
  3. Mula baca dari sekarang. mulut tu jangan asyik dok merungut tak dan la apa la. Tangan tu kena jalan gak.
  4. Kalau tak faham apa-apa jangan segan jangan malu untuk beramah mesra dengan kawan atau lecturer ampa suma ya.
  5. Sila buka buku yang sepatutnya dah tutup buku yang tidak berkaitan seperti "muka buku"
  6. Hentikan mengambil makanan yang tidak sihat seperti pengambilan meggi yang berlebihan dan kurangkan meminum ayaq semut na. Untuk mengelakkan keterlupaan di dewan peperiksaan.
  7. Bawak kluaq buku yang ampa dok letak bawah katil tu. Masa la kena menghadap dia cian kat dia lama kot ampa letak dia kat bawah tu.
  8. Nota ringkas amat diperlukan ketika ini.
  9. Sediakan pen, pensil, pemadam, dan pembaris secukupnya.
  10. Uishh..ni penting jangan lupa solat lima waktu sehari semalam na. Solat hajat pun jangan dilupa.
  11. Banyakkan berdoa supaya Allah permudahkan urusan kita kat dalam dewan peperiksaan tu nanti.
  12. Pas tu mintak la restu dari kedua-dua mak ayah dan cikgu kita. Mintak halal mana yang patut.
  13. Minum banyak air masak dan amalkan makan kurma atau kismis.
  14. Tidoq awai la kalau boleh nanti boleh bangun study lepas subuh.
  15. Bila hari dah exam mulakan langkah kanan bila masuk dewan dan bacalah doa apa-apa yang patut.

Ok tu ja kot yang dapat cek kongsi di sini. Kalau ada yang kurang tu tolong la perbetoi dan tambahkan na.
Cek doakan ampa suma berjaya dalam exam kali ni. Buat yang terbaik tau.
Dah tu pi study skarang.
Cek pun baru nak pi buat apa yang cek tulih kat atas tu..hehehe

NOTHING IMPOSSIBLE IN THIS WORLD


No comments:

Post a Comment